Thursday, October 22, 2009

petua orang lama vs petua orang sekarang

1. cm ne nk hilangkan parut ?
orang lama : ambil habuk kulit kayu manis, then tampal kt tempat parut
org sekarang : ambil duit kt bank, then pegi kedai (watson) beli Bio oil or Pegi salon wat laser.
2. cm ne nk kulit muka putih?
org lama : cuci muka dengan air basuhan beras dan pakai bedak sejuk
org skrg : minum B-white dan pakai cream whitening
3.cm ne nak kulit badan gebu?
org lama : mandi guna hampas kelapa dan santan
org skrg : pegi salon and pakai losyen
4. cm ne nk lebatkan rambut?
org lama : pakai minyak zaitun or minyak kelapa (home made)
org skrg : pegi je Yum Nam hair care
5. cm ne nk hilangkan kelumumur?
org lama : lumurkan limau nipis pada kulit kepala
org skrg : beli shampoo anti-dandruff
6. cm ne nak anak cantik?
org lama : baca al-Quran surah yusuf
org skrg : tengok gambar artis yg cun
7.cm ne nk dapat result gempak?
org lama : belajar sampai muntah
org skrg : bela je toyol
hehehe... renung2kan la...
kot-kot ada yg kena dgn anda,, hehehehehe...
SELAMAT MENCUBA..

friends forever



I love my friends. Hopefully, they are successful in their life.

Tuesday, October 20, 2009

My first love

Cinta pertama itu memang hebat, meskipun kebanyakkannya boleh dikira sebagai cinta buta. Tatkala seseorang itu disapa cinta pertama dia akan merasa sesuatu yang sukar untuk diungkapkan.

Romantisme cinta pertama bersifat suci dan fantasi. Keghairahan emosi membuat si pencinta menempatkan kekasihnya sebagai pasangan yang ideal dan ‘perfect’. Harapan, kemahuan dan idea-idea yang menghairahkan memenuhi relung hati pencinta yang sedang dilanda romantisme.

Bertuahnya jika cinta pertama ini berakhir di jinjang pelamin. Tetapi realitinya bukan selalu begitu. Kebiasaannya percintaan ini putus di tengah jalan atas pelbagai sebab.

Masing-masing kemudiannya meneruskan kehidupan mereka sehingga mendirikan rumah tangga dengan orang lain. Memori cinta pertama seakan sudah dilupakan. Sehinggalah kehidupan perkahwinan mula menjadi rutin.

Waktu itu ingatan akan diganggu fantasi ghairah tentang cinta pertama. Terasa ingin untuk menjalin hubungan, sekurang-kurangnya untuk mendapat khabar tentang mantan kekasih itu. Akan timbul rasa bagaikan jiwa tersiksa kerana tidak dapat melepaskan ingatan terhadap seseorang yang pernah memberi romantisme cinta pertama.

Hakikatnya cinta pertama itu tidak pernah mati tetapi ia tidak perlu dilayan. Cinta pertama itu sememangnya sesuatu yang menggamit perasaan, seronok dan mengasyikkan. Namun, jangan biarkan nostalgia cinta pertama merosakkan istana yang telah terbina selama ini. Yang sudah dilepaskan jangan dikenang

Kebahagiaan kini dalam kebersamaan dengan pasangan. Ikatan perkahwinan adalah satu hubungan intim dengan komitmen penuh. Percayalah hubungan intim dengan komitmen menghasilkan pertemanan penuh kasih yang lebih indah daripada ghairah romantisme.